Friday, August 10, 2012

http://www.youtube.com/watch?v=wDz6-GNEwOc&feature=related



dok surfing world wide web membuatkan aku kadang2 terlupa waktu...
andaikata coretan aku ini melukakan seseorg tp inilah hati ku berkata...
jika kalau hati ini tidak tenteram aku bisa melupakan apa yg aku benar2 syg,..

Tuesday, April 24, 2012

Di mana nilai estetika kita?

Apa yang kurang sempurna sekarang adalah pertumbuhan minda anak-anak kita dalam sistem pendidikan dan persekitaran harian yang tidak mementingkan nilai-nilai estetika. Terperangkap dalam kolong kemajuan dan saling berlumba mengejar kebebasan kewangan, kita sering alpa tentang peranan seni dan nilai estetika dalam membentuk kemanusiaan.



Saya tidak kata sistem pendidikan sekarang langsung memulaukan idealisme seni dan estetika, tetapi ia masih kurang dititikberatkan. Sekiranya ada jalan, kita harus memeluk seni setiap hari.

Pendidikan konvensional, tidak kira ditaja atau berbayar yang tidak memberi kepentingan dalam mencapai nilai estetika ini, akan menemukan kita dengan ajal dalam pembangunan rohani dan sahsiah. Kenapa unsur ini penting dalam pembangunan modal insan?



Anak-anak yang didedahkan dengan nilai-nilai estetika akan dapat mengimbangkan diri dengan baik di atas platform rohani, mental, emosi, sahsiah dan sosial. Manakala modal insan yang dididik dalam nilai estetika juga, akan menjana individu tidak penting diri, berilmu, yakin, memiliki nilai murni dan moral tinggi, beretika, berbudi pekerti, berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, bersemangat patriotik, adil, progresif, berintegrasi dan berbudaya saing.



Saya jelaskan dulu secara ringkas peranan nilai estetika dalam kehidupan. Kamus Dewan mendefinisikan ‘estetika’ secara literal sebagai: “Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan, cita rasa dan lain-lain”.



Untuk menerapkan unsur estetika kepada seseorang, ia selalunya berkait rapat dengan dunia seni. Menurut penyelidikan Hassan Mohd Ghazali dari Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris, apabila persoalan estetika dibahaskan, secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh.



Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Estetika disebut sebagai aisthesis dalam bahasa Yunani membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau melalui kepekaan manusia.

Sasterawan negara, Shahnon Ahmad, pernah beri komentar tentang salah satu cabang estetika: “Sastera itu sismograf.” Perkataan sismograf dalam konteks ayat di atas, tidak bermaksud untuk ukur impak gempa bumi seperti lazim, tapi membawa pengertian bahawa sastera itu adalah kayu ukur kepada kehidupan kita.



Sekiranya sastera itu sismograf kehidupan, di mana kita hari ini? Dalam budaya mutakhir yang serba elektronik dan bertuhankan gadjet, bagaimana boleh kita memulihara seni dan sastera negara? Pertama, kita harus bebaskan seni dari tanggapan liburan. Kita kerap menyabitkan cabang seni dengan unsur-unsur hiburan picisan, ini kita kena segera tukar.



Setiap cabang seni - muzik, filem, penulisan, lukisan, seni pentas dan bermacam lagi - harus diterima dan dicari nilai estetik dan mesej subliminal di sebalik setiap karya mereka. Kalau kita tak anggap seni itu picisan, selalunya kita anggap seni itu acara istirahat dan santai sahaja. Ini juga kita kena tukar.



Setiap karya seni harus menggambarkan refleksi minda tuannya, masyarakat harus lebih terbuka menerima karya-karya kritis yang berlandaskan eskapisme dan kebebasan. Saya fikir tidak perlu ada segala sayembara dan aktiviti mencari pengiktirafan sejagat sesebuah karya dari negara kita. Keadaan kita sekarang yang sering meminggirkan sastera dan kebudayaan bakal menghakis perkembangan peradaban kita sendiri. Sastera dan seni perlu dipupuk, diterap, diintegrasikan dari awal agar kita tidak menjana robot-robot bertuhankan duit.



Seni tidak perlu dilihat sebagai falsafah, perlu diinterpretasikan secara mendalam. Apa harus kita terapkan, seni itu hanya gagasan mengekspresikan diri dan perasaan secara halus dan diplomatik.



Bila kita ada generasi pelapis bernilai estetika tulen, barulah mereka boleh meluahkan perasaan secara lebih efektif dan kreatif. Setakat meniru idea asal #OccupyWallStreet di New York, semua orang boleh. Bukan begitu pembaca budiman?








original post
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/elviza/di-mana-nilai-estetika-kita-1.42852






Thursday, April 19, 2012

Himpun dengan penuh sopan dan adab

‘Himpun dengan penuh sopan dan adab’
Dr Mohd Asri Zainul Abidin19 April 2012

ISLAM adalah agama ALLAH yang ajaranNYA berasas fitrah yang DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah ALLAH jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.
Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang ALLAH ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini. Firman ALLAH: “maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah ALLAH Yang Esa) itu agama ALLAH yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan ALLAH itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum, 30).
ALLAH telah ciptakan manusia atas fitrah (natural instinct) yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini samada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat. Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan. Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman.
Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia manusia atas fitrah. Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitive dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi s.a.w didik para sahabah baginda.
Kata sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir: “Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata: “Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah? Seorang pemuda berkata: “Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut.
Terpecahlah bekas airnya. Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusiNYA, DIA menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!” (Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan).
Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi s.a.w menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah. Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan. Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah?!
Sebelum Nabi s.a.w muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun ‘Sumpah Setia Fudul’ pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad’an. Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah.
Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah. Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani ‘Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah”.
Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan arab ketika itu. Nabi s.a.w menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya. Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan. Malanglah, jika ada orang muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas
Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong Bersih? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihanraya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam PR. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak PR. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihanraya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar.
Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?!
Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita. Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima.
Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah. Firman ALLAH: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul. Jika kita pergi menonton bolasepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja. Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah.
Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika Bersih itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem. Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang Muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan Muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini.
Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga ALLAH merahmati anda dan negara kita!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/himpun-dengan-penuh-sopan-dan-adab-1.41344

Tuesday, April 17, 2012

...IKAT PERUT GILE2 KAW...

Situasi tak menyenangkan...
bila pagi menjelang,terasa panas membahang...
mula teringat pasal pebelanjaan hari ini...
dlm poket masih ada beberapa keping wang kertas tp cukup kah iya?
masih terasa dilema yg melanda,ibarat membawa batu ke tengah sungai...
hari ini seperti hari yg lain,terpaksa ku gagah mencari rezeki biarlah berikat perut menahan lapar...
aku ingat zaman dulu dan skrg masih sama...
masih ada org susah dan masih ada org bersenang2...
kalanya aku mengimbau masa lalu berseorangan bila menunggu kerja...
alhamdulilah,aku ada perkerjaan yg tetap walaupun gaji ku kecil...
hari ini perlu aku melangkah lagi ke pejabat...
agar tidak perlu memikirkan hal perut ini...
lebih senang aku berfikir dan menyelesaikan masalah kerja ku...

Thursday, March 1, 2012

Bilionair Malaysia tp bkn kite

baca lah org melayu oit...
mana bangsa kita yg dibangga2 kan?
berapa kerat?

2 Mac 2012

SINGAPURA - Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.
Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.
Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion.
Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion.
Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.
Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempatdengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.
Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.
Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.
Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilaiAS$500 juta.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.
Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta.
Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.
Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.
Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.
Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.
Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas.
Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012. - Bernama

Wednesday, February 29, 2012

Untuk Semua Melayu,Baca Ini!



Untuk Semua Melayu...... Baca Ini!







Dr Novandri Hasan BasriCuba kita ketepikan pegangan politik masing-masing buat seketika, fokuskan hati dan perasaan kita semua kepada bangsa kita, bangsa Melayu dan perhatikan foto di bawah.
1. Apakah yang kita semua rasa dan fikirkan?2. Bukankah buat seketika itu, hati dan perasaan kita berasa begitu tenang dan bersyukur apabila melihat pemimpin-pemimpin Melayu kita dapat bersua muka dan tersenyum lebar seolah-olah mereka adalah sahabat karib yang tidak mungkin akan bermusuhan walau apa pun terjadi di muka bumi ini?3. Apakah tidak akan timbul satu titik harapan dan doa di hati kita semua agar pertemuan dan keakraban yang terserlah di dalam foto itu akan berterusan untuk selama-lamanya?4. Apakah tidak terasa di hati kita ini bahawa kita sudah terlalu lama dan letih bermusuhan dek politik yang sebenarnya olahan kita semua?
5. Apakah kita tidak berasa insaf dan mengakui bahawa bangsa kita menagihkan kekuatan, bersatu-padu dan sehati untuk menjadi hebat di negara kita sendiri?Atau,6. Apakah ianya hanya satu mimpi indah yang tidak akan kekal dan lenyap begitu juga bila kita terbangun dari tidur kelak?
It's our own choice but don't choose the wrong path !

repost blog



Free ____ Campaign Ke-2 (FACK)



Tak perlu banyak pihak rasa terperanjat dengan kegilaan baru mahasiswa kononnya bersuara di atas landasan akademik. Mahasiswa sekarang bukan macam tahun 1974. Turun ke jalanan secara percuma dan benar-benar di atas jalan idealisme. Tidak. Semuanya ada harga. Semuanya ada pakej yang ditentukan lebih awal.


Memang target dan sasaran FACK adalah golongan muda. Ini memang sudah diperhalusi dengan baik oleh inner circle Bukit Segambut. Sentimen mahasiswa mesti dipanaskan dengan pelbagai isu dan tanggapan. Mahasiswa mesti dibawa ke jalanan, menggunakan apa sahaja asas yang ada. Memang menurut strategi inner circle, di peringkat awal – ianya mestilah berasaskan isu neutral dan tidak kontroversi. Kebebasan akademik adalah satu contoh yang sangat nyata.
Kali ini, FACK akan didorong oleh peruntukan kewangan yang lebih mantap. Semuanya dilakukan secara tersusun dan sepadu. Tak perlu nak jadi macam dulu-dulu. Minta dana sini sana. Minta sedekah dengan taikun Cina dan sebagainya.
Setelah terpecah strategi mengumpul 10k orang sewaktu kes Anwar minggu lalu – sekarang ini inner circle lebih hati-hati. Tidak ada ‘cash handouts’ yang diberi kepada mahasiswa secara terbuka. Semuanya disusun dengan hati-hati. Nombor akaun ‘Penggerak FACK’ di peringkat universiti sudahpun diperoleh. Pendekatan ini sangat sistematik. Malahan, ada juga cadangan agar semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai penggerak utama diberikan akaun Blackberry/iPhone oleh sekretariat FACK. Ini bagi memudahkan kerahan tenaga dilakukan secara BBM/Whatapp applications. Banyak group blackberry yang sudah dibentuk di kalangan anak muda/mahasiswa. Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.
Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM masing-masing. Amat tersusun.
Antara yang dipersetujui oleh inner circle malam kelmarin:-
ABU dijadikan landasan di kalangan bekas penggerak reformasi. Semuanya disusun dengan kaedah yang sama. Communication: SMS, BBM Group (penggerak Negeri).
SMM menjadi sekretariat di kalangan generasi muda. Subliminal message mengenai Free Anwar Campaign (menggunakan Kebebasan Akademik sebagai alat gerakan). Communication: SMS, BBM, Twitter.
INSKA-UMNO Reform sebagai trojan horse. Dibantu oleh sumbangan dana berkala seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kecewa kerana politik wang.
Jumlah elaun kesusahan akan ditentukan kemudian. Satu program: RM150 adalah jumlah yang dipersetujui di peringkat awal.
Websites dan international media: masih dalam perancangan. Belum ada keputusan siapa yang akan lead. Nama RPK disebut beberapa kali.
Butiran mengenai gerakan menghadapi 9 Januari (akan dimaklumkan kemudian). Sedang disusun oleh Setiausaha Agung dan Biro Politik.




Adam Adli ini adalah satu contoh kecil sahaja.



Sunday, February 26, 2012

lelaki

lelaki sememang nye suatu perkara yg komplex...
org ckp lelaki sememang nya senang di duga and diramal...

perbuataan si lelaki adalah bertujuan...

yg menjadi masalah adalah perempuan salah tafsir lelaki yg sebagaimana...

perlaku manusia adalah berbeza...

so kite boleh usulkan perlaku lelaki dgn lelaki yg lain adalah berbeza...

tidak smua lelaki sama...

yg menjadi masalah skrg ni adalah sebelah pihak lagi boleh memahami pihak lelaki?

most ly cant...

why?

think for your self...

Wednesday, February 22, 2012

late nite working(sound god blogger supaya kembali kepada blog i)

it already 8.00 mlm...
sedang2 waktu ni aku slalu di rumah br lps mandi sambil lepak dok buat asap berkepul2...
well aku tau ada fanatik mana tah dok kejar aku skrg ni...
just ingore je mcm biasa...
well biasalah fanatik...
benda basah pun leh kering,tak gitu?
aku biasa dok umah gelakkan je org2 sebegini...
my blog,aku tak perlukan 'GOD' seperti semedimikian utk memberitahu aku utk buat apa...
well as life blogger ni memang banyak 'GOD2 demikian' memberitahu apa yg kite fikirkan salah or lebih teruk lg nak kite mengikuti fahaman mereka yang kadang2 org leh ikot tanpa apa2 sebab...
dude,taniah sp yg ikot...
and taniah 'GOD2 semedimikian utk mengkonvert fahaman org lain'
kamu rajin sy pemalas...
ego sy tak tinggi...
sy tak anggap diri sy slalu btul...
tp satu je yg buatkan org2 demikian ni diam...
apa you all ckp kat dlm blog ni hanya akan menampakkan kebodohan korg je...
it my life blog so sp sibuk memang lah bodoh...
haha...

Wednesday, January 18, 2012

new year?

new year br je lepas...

aku dok tertanye2 kat diri sdiri apa lah niat new year aku tahun ni...

setelah lama aku fikir sorg2(dok termenung pandang siling jadi event aku mlm2 hari)

yg 1 aku kumpul pengalaman kerja sebanyak mungkin my be susah dgn org2 kedengkian bersekitaran,tp itu semua dugaan dalam berkerja...
aku kena yakin aku boleh and mampu buat apa kerja yang diberi supaya mendatangkan hikmat dikemudian hari...

yg 2 ni aku rasa only 2 org je tau so biarlah itu menjadi rasia utk aku and korg2 klu nak tau silalah lyn blog aku yg tak seberapa ni..

yg 3 lak aku nak kwn2 aku supaya sentiasa berjaya pada masa kini,dpn and lampau...

walaupun mungkin ada yg telah lupakan aku zaman persekolahan sbb aku ni rajin btul pindah2...

aku masih ingat korg cuma aku tak cam sgt,memory kanak2 kan?

cuma 2 je aku leh bgth korg utk skrg ni...

walaupun ada lg aku rasa tak nak lah buangkan masa korg dok lyn blog aku ni...

aku bknnya penulis blog yg hebat2,rajin2 and gempak2...

aku just simple but before aku matikan entry kali ni ni ada sikit penguat semangat bagi mereka yg lemah semagat nak hadapi kehidupan hari2...


peristiwa yg berlaku ada hikmat nya so teguhkan diri...

yakin pada diri dan jgn putus asa wahai kawan2...

jgn meragui kehebatan nya just percaya kepada apa yg akan berlaku nanti akan bertambah baik...


Monday, January 2, 2012

...demonstrasi....

hangat skrg ni diperkatakan dgn issue demonstrasi...

dari kes adam yg menurunkan bendera najib sehingga ke mlm new year....

so aku rasa aku perlu ckp sedikit tentang perkara ini...

tak payah ikot law or apa2...

tp ikot logic akal je...

amarah sudah diberi,pendemostarsi still menjerit2 and baring diatas jalan...

so bg aku la klu ikot logic akal memang patut disuraikan macm 2 je...

and mengikut logic akal jgk sudah memalukan university dan automatik boleh dibuang university tanpa notice...

tak begitu?

aku bkn nye anti demonstasi tp fikir logic,utk menjadi wakil rakyat berapa ringgit perlu utk bayar semua benda?

termasuk yuran and lain2?

and mahasiswa ni bkn berduit sgt pun...

klu ada duit pun hanya pinjaman dari ptptn je or biasiswa...

so klu ikotkan logic akal diorg ni tak mampu lg utk memjadi wakil rakyat...

kan?

kos utk menjadi wakil rakyat shj dah leh mkn berpuluh ribu...

main politik dlm u pun tak tentu lepas lg ni kan nak main sacara wakil rakyat...

dah lah you all...

aku bgth secara logic akal...

klu korg nak bebas sgt 2 pg bosnia 2...

bebas sgt...

makanan pun takde,bersyukurlah...

Monday, July 18, 2011

KIMI NO IRU MACHI

ok,tajuk diatas sebenarnya tajuk satu manga...
and manga ni banyak menceritakan life seorg remaja meningkat dewasa...
pengalaman dgn kawan2 dan kehidupan sbgi capel...
banyak dlm manga ni menceritakan diri aku...
event aku bc and gelak2 tp dlm diri benda 2 btul berlaku...
event do kite tak perasan perkara2 yg berlaku dlm mangga ni...
tp perkara 2 sering berlaku dan diluar jangkaan kite...
possiblity that can happent is anything..

Friday, May 27, 2011

Sakura Zero S





still have the cool looks...



skyfly gt3 remote,sakura zero s and orca bateri


jauh sudah perjalanan aku sebagai racer RC...
dari brand mantex ke sakura zero s...
ni pencapaian aku yg boleh dikira terbaik...
kumpul duit wow...
huhu...
lps ni nak chesis proset lak...
ambik br je lah or tgk2 mana2 yg ada nak jual second lg...
apa2 pun 2 masin jauh dan aku masih lg mengumpul modal...
aku banyak pakai utk benda ni...
apa2 pun semua tu tak mengugatkan semangat aku utk terus dlm bidang RC ni...
semua 2 bagaikan duri2 je di sebalik dunia RC ni...
apa2 pun ni sedikit gambar menggunakan chesis baru ni...
lebih panjang sikit dari chesis biasa so terpaksa potong lubang lg...
habis teruk aku punya body mazda 6(nanti ambik R9 lak,haha)
ezrun 5.5 turn

sakura zero s chesis

sakura zero s chesis

Wednesday, April 27, 2011

lelaki perut boroi



Suami boroi tanda bahagia?

Hehehhehheheh jangan jeles....


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.


Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.



Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.



Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.



Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.


Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang
amun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.


Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.



Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.


Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit
selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air …. isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.



Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.


Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.



Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.


Saturday, April 16, 2011

New looks of my mantex 2...

ok everyone...
ni agaknya hobbie paling gile aku pernah ada...
cost beli benda2 ni utk skrg ni oklah...
tak lebih lg 1k...
so kire mcm jimat lg lah... aku pun tak berapa kisah sgt janji hobbie aku ni membahagiakan aku...
aku pun tak tahu mcm mana leh sangkut main benda ni...
pekena dari jijoy lah masa 2...
ambik kau... kan dah kena dah... haha..
ok2...

ni pic atas ni modified enjin n esc 5.5 turn


new looks off touring body with enjin and esc new

Anwar

aku pelik dgn individu yg terlalu obses dgn anwar ibrahim...
tak tahu lah aku...
pe hal dgn diorg ni...
takde life kot?
rasanya fanatik...
agak2nya siapa ek nanti yg dok bising nanti...
ada aku pedulik korg siapa?
nak bercoloteh disini adalah aku...
n aku tak perlukan apa2 pendapat dari fan2 ni...
so sori lah...
aku tak rasa pendapat korg 2 penting dlm life aku...
coz korg just fanatik...
takde life kecuali cuba menegakkan benang yg sememangnya basah...
tak perlu aku berkata2 panjang but these people make me sick...
terlalu obses...
takde life...

Thursday, February 17, 2011

Date...

bercerita tentang date teringat aku time sekolah...
mentah btul diri aku sdiri time 2...
nak dibezakan dgn skrg ni agaknya terlalu sgt...
klu dulu lah...
aku ingat lg...
naik public transport utk gi date...
tak kisah lah naik apa2 pun...
janji jumpa...
klu jumpa pun...
bkn bercakap sgt pun...
just gi tgk wayang bersama je...
tak pun dok makan kat fast food...
kelakar bila teringat balik...
tp skrg berubah btul...
time mula2 capel ckp tak kisah sal duit...
but in the end ayat2 ni memang slalu aku dgr...
awak jemput sy naik kereta lah...
ayah tak bg naik moto 'bahaya'...
padahal ayah sipuan tak pernah ckp pun...
die belikan anak die 2 moto adalah...
suruh pakai klu nak gi mana2...
yg aku tgk tread ppuan skrg ni buat ckp lain buat lain...
bila boy ajak kluar,ppuan mesti suruh lelaki jemput...
aku ckp dgn kau memang gentelmen laki jenis ni,ikot je ckp ppuan 2...
peh,lom apa2 lagi dah jilat kaki ppuan tanpa melawan...
tabik wa pada lu lah...
yg best demand lak 2...
bwk kereta tau...
ayat si ppuan...
so utk tidak mengecewakan si ppuan td si laki pg lah pinjam kereta bapak...
peh,aku ckp dgn kau time aku date dulu takde nak berjemput bagai...
naik public transport je...
boleh je gi date...
pegang tgn dpn org ramai apa kisah...
org ada keliling...
dlm kereta 2 tah apa di pegangnye...
mcm2..
yg ayat off the years skrg ni aku dgr lgi merepek...
awak sy nak itu jgk,klu tak kite tak yah jumpa(lama2 mintak putus coz boy tak nak bg)...
peh,cop duit ke si laki?
demandnye ppuan skrg ni...
ada macam2...
demand gile...
tp tak sedar diri 2 tak baik...
org baik tak mintak mcm2...
n diorg akan gi jumpa naik public transport je...
tak menyusahkan org lain..
susah diri sdiri oklah...
ni nak susahkan org lain je...
so fikir2 kan lah lelaki dan juga ppuan...
sori to say if ada ppuan ckp ayat2 di atas kat aku...
aku ckp senang je...
ok awak bayar minyak n tol...
sy bwk kereta je...

Friday, December 31, 2010

New Beginning...

well it almost for my latihan industri...
sungguh cuak...
i think i dont ready yeat...
but i will try my best to beat the rest...
i will b in a new environment...
i dont know how i going to react...
time n time again i will prove i am the best...
syg...
i will always love you!
only you sayang...
tak sabar nak jumpa syg lg..
masa 2 kite jumpa kejap sgt2...
hehe...
i want to b with you so much~

Wednesday, December 29, 2010

result sem 3


~akhirnya~
Result aku keluar akhirnya...
berdebar gile menanti result ni

Monday, December 27, 2010

the time have come...

macam2 perkara hari ini aku dok fikirkan...
terutamanya sal result kluar...
aku tak tahu bila result aku kluar bila...
tp yg aku pasti aku dah cuak tunggu...
bkn sebab apa..
coz aku nak aku lulus supaya aku leh sambung belajar dan habiskan semesta akhir...
tak sabar2 aku nak tahu result aku berapa...
aku dah cuba sebaik mungkin masa semesta 3...
takut gak coz kepala aku dok fikir jgn lah fail mana2 subjek...